Buku Inilah Yang Menjadikan Ahmed Deedat Tokoh Debat Antara Agama

Guru & Mentor

Kenalkah kita siapa (Al Marhum) Syeikh Ahmed Deedat (Rahimahullah)..? Kenal, ya, beliau adalah guru & mentor kepada Dr. Zakir Naik. Bila sebut Dr. Zakir Naik, kita tahu kehebatan beliau dalam menyampaikan dakwah Islam kepada umum, ribuan manusia dari pelbagai kepercayaan secara langsung. Hebatnya beliau ketika bersyarah dan kadang² berdebat dengan segala maklumat kitab Bible, mahu pun kitab Hindu, apatah lagi Kitab Al Quran semuanya dalam kepala beliau. Hebat, hinggakan pihak² berkuasa di India & di barat berusaha untuk menghalang dakwah beliau.

Tapi tahukah kita, siapakah yang telah membentuk Dr. Zakir Naik dari seorang doktor perubatan kepada pengkaji Perbandingan Agama - Islam, Kristian, Hindu dan akhirnya menjadi pendakwah terkenal diseluruh dunia, hingga menggentarkan mubaligh² agama lain. Orang yang bertanggungjawab menjadikan Dr. Zakir Naik sehebat itu adalah gurunya yang juga seorang yang hebat dan disegani serta dihormati 'pihak lawan', iaitu Syeikh Ahmaed Deedat (Rahimahullah). Mungkin anda sudah mengenali Syeikh Ahmed Deedat r.h ini, dan melihat sendiri video² debatnya dengan paderi² Kristian. Setiap debatnya sentiasa mendapat sambutan ribuan penonton secara live dan mendapat tepukan gemuruh dari penyokong lawannya sendiri, itu menunjukkan hebatnya beliau bersyarah tentang Islam dan menafikan hujah lawannya (paderi).



Ketika Mudanya

Persoalannya, apakah yang telah mengubah seluruh hidup Syeikh Ahmed Deedat ini, dari seorang biasa, kepada seorang pengkaji Perbandingan Agama (Islam & Kristian)..?
Dan akhirnya menjadi seorang Pendakwah Islam terkenal, disegani dan dihormati diseluruh dunia timur & barat..?

Sebuah buku yang dinamakan Izhar-ul-Haq, itulah yang telah mengubah seluruh hidup Syeikh Ahmed Deedat r.h., menurut pengakuan beliau sendiri ketika menyampaikan satu syarah Islamnya dalam sekitar tahun 80-90an.. saya akan semak semula video beliau tersebut.

Menurut kisahnya, (seperti dalam videonya), beliau masa itu (mungkin dalan tahun 30an-40an) sebagai seorang pekerja kedai buku, ketika beliau sedang mengemas buku² yang banyak dalam stor buku kedai majikannya, beliau ternampak satu buku yang menarik perhatiannya, bertajuk Izhar ul Haq (The Truth Reveal) atau 'Kebenaran Yang Dibongkar'. Buku inilah yang telah menarik minat Ahmed Deedat ketika mudanya itu untuk dibacanya serta dikajinya segala isi kandungan buku tersebut yang merupakan fakta² palsu tentang Bible yang dibongkar oleh penulisn buku Izhar ul Haq tersebut bernama Maulana M. Rahmatullah Kairanvi (dari India).


Mengapa buku ini menarik minat Ahmed Deedat ketika zaman mudanya itu beliau bersungguh menghabiskan masa berbulan² atau bertahun² mengkaji maklumat pasal buku tersebut..?

Sebabnya begini, ketika (zaman mudanya) beliau bekerja di kedai buku tersebut, di Cape Town, Afrika Selatan, beliau selalu didatangi oleh ramai pelanggan, majoritynya adalah orang² Kristian. Antara pelanggan yang datang, ada antaranya merupakan paderi² Kristian yang selalu cuba 'membuli' beliau dengan memperlekehkan Islam, serta Nabi Muhammad SAW. Dakyah jahat puak² mubaligh ni yang selalu datang memperlekehkan Islam & Nabi SAW kepadanya menyebabkan beliau berasa seperti satu perasaan ingin 'membalas dendam' dalam hatinya. Namun Ahmed Deedat ketika itu masih mentah dan tak tahu bagaimana nak atasi atau membalas perlakuan puak² kufar ni. Beliau selalunya membiarkan saja puak² kufar ini 'membulinya'. Hinggalah akhirnya buku yang beliau jumpa ketika mengemas stor kedai majikannya itu menarik perhatiannya dan dibaca serta dikajinya.

Dari sinilah titik tolak Ahmed Deedat mula berjumpa ilmu yang ditunggu²nya selama ini, iaitulah Buku Izhar-ul-Haq. Beliau mula merasakan yang buku itu seperti jawapan yang telah ditemui akan digunakan sebagai membalas perbuatan puak² kufar tersebut supaya mereka sedar dan menyesal atas perbuatan jahat mereka. Dan supaya puak² mubaligh Kristian ini juga sedar akan ketinggian Islam dan belajar menghormati orang lain.

Perubahan Menjadi Pendakwah & Debat Perbandingan Agama

Beliau bersungguh² belajar dan mengkaji ilmu yang baru deperolehinya itu, mengkaji Kitab Suci Al Quran dan kitab Bible, serta perbandingannya. Hinggalah akhirnya beliau dengan izin Allah memulakan hidup barunya sebagai seorang pendakwah. Beliau banyak menerbitkan risalah² ilmu serta buku² Perbandingan Islam dengan Kristian. Hinggakan namanya mula dikenali di daerah dan negaranya sebagai pendakwah Islam (di negara Kristian). Beliau mula menarik perhatian paderi² untuk berdialog hingga berdebat. Ketinggian ilmu Perbandingan Agama beliau menarik perhatian hingga ke negara Barat. Kalau tak silap, sejak tahun 60an lagi beliau telah mula berdebat secara terbuka dengan ramai paderi² Kristian, bukan beliau yang mengajak, tapi pihak lawan yang selalu mencabarnya, kerana beliau telah dikenali sebabgi seorang pendakwah Islam yang berani menyampaikan kebenaran Al Quran dan membandingkannya dengan kelemahan serta percanggahan² isi Bible kepada orang ramai.

Ironinya, belum ada lagi di zaman ini tokoh agamawan yang berani berdebat seperti mana Syeikh Ahmed Deedat, jelas setiap isi syarahannya, setiap point² lawan dipatahkannya dengan fakta dari sumber pihak lawan (Bible) sendiri, serta fakta dari Al Quran, cukup sempurna.

Bahkan video² debat beliau (sejak zaman internet ni) sentiasa meningkat jumlah tontonannya sepanjang zaman, walaupon masa beliau dulu belum ada internet. Dan yang menariknya video² debat beliau telah manjadi penyumbang terbesar masyarakat Barat khususnya berbondong² masuk Islam.. alhamdulillah.. betapa besarnya ganjaran Allah kepada beliau sebagai Saham Akhiratnya.

Inilah bukunya Izhar-ul-Haq pdf. Boleh dimuat turun secara percuma, kredit kepada pihak yang menyediakan dalam bentuk ebook ini.. wallahua'lam..

http://www.usislam.org/pdf/Izharul-Haq.pdf

Boleh lihat juga video review oleh Syeikh Yusuf Estes tentang buku tersebut di bawah..



Semoga Maulana M. Rahmatullah Kairanvi (Penulis buku), Syeikh Ahmed Deedat r.h, (Pendakwah yang telah mencetuskan fenomena bangkitnya Islam di Barat), dan seluruh para Pendakwah Islam, dulu, kini, akan datang diRahmati Allah, dikurniakan Jannatul Firdaus, aameeen..

1 comment:

Powered by Blogger.