Size Cover Photo Facebook & Profile Picture, DIY

Nak DIY atau nak design facebook cover sendiri, apakah size cover photo yang sesuai, apakah size profile picture yang betul, berapakah jarak posisi dari kiri & bawah yang tepat untuk profile foto dan lain² persoalan yang mungkin anda tertanya² selama ni.. jadi lepas ni boleh laa design cover photo for facebook dengan betul supaya posisi semua betul.

Facebook Cover Photo Template


Anda boleh download image template² di bawah ini, open di Photoshop atau mana² software grafik editing yang sesuai mengikut kemahiran anda. Sekiranya anda tak memiliki software yang sesuai untuk edit grafik, anda boleh guna free online version grafik editing seperti Pixlr.. anda hanya perlu internet sahaja. Kemudian anda sudah boleh mulakan dengan 'Open image from Computer' atau 'Open imge from URL', dan loadkan mana² 1 template di bawah untuk mula mendesign Cover Photo atau Cover Page facebook anda..

Template 1


image by blog.mainstreethost.com | right klik & save image as
Template di atas menunjukkan secara terperinci setiap ukuran bagi

  • Facebook Cover Photo = 851px x 315px
  • Profile Picture = 180px x 180px (kotak kiri bawah), serta ukuran jarak posisinya dari tepi, atas, bawah. Pastikan kawasan Profile Pic ni tiada apa² tulisan atau elemen padanya supaya tiada masalah tulisan atau gambar background terlindung pada Cover Photo anda dibelakang Profile Pic nanti.
  • Call To Action (CTA) button = anggaran (approximate), hanya tentukan jarak posisi dari tepi kiri, kanan, atas & bawah, supaya tiada tulisan atau elemen penting di kawasan tersebut untuk mengelak dari terlindung bila Cover Page (background) anda dah diupload ke facebook kemudian nanti.
  • Kawasan cerah ditengah² tu pula adalah kawasan untuk mobile size, bererti hanya kawasan itu nanti yang akan dipaparkan pada mobile device. Jadi kalau anda lebih kepada design untuk mobile facebook, ambil kira kawasan tepi yang mungkin tak kelihatan pada mobile.
Untuk info dan ukuran yang lebih lanjut sila ke tajuk Social Media Cheat Sheet 2015 di bawah..

Note: ukuran adalah dalam pixel (px)

...

Template 2


image by twelveskip.com | right klik & save image as

Di atas ni adalah satu lagi template boleh di download free.. Template ni juga disediakan dalam format PSD di sini, anda hanya perlu download dan ikut panduan yang disediakan.
...


Template 3

image by louisem.com | right klik & save image as

Template di atas juga antara yang dah siap ukuran sizenya, anda hanya perlu open file template di atas pada software Photoshop atau apa² software bersesuaian.
...


Update: Dec 2016

Social Media Cheat Sheet 2016



image by louisem.com  |  klik for full size


credit:
blog.mainstreethost.com
twelveskip.com
louisem.com

No comments:

Powered by Blogger.