Analisa Keputusan PRU13


Setelah memikirkan kesan positif atau negetif berkaitan PRU13, aku tak dapat menahan kehendak untuk menyatakan pendapat aku sendiri tentang keputusan Pilihanraya Umum ke-13 pada tahun (kebetulan) 2013 juga. Seperti yang kita semua sedia maklum (atau mungkin meluat membaca) akan pendapat masing² yang berselerak di facebook terutamanya sebelum 5-5-2013, maka keputusan yang masih memihak kepada barisan pimpinan DS Najib Tun Razak mengecewakan Pakatan Rakyat.

Walau apa pun aku kongsi pendapat aku kenapa keputusan itu memihak kepada Barisan Nasional (BN). Sebelum tu, ini hanyalah pendapat peribadi aku, tidak kene mengena dengan mana² pihak, harap maklum.

Infografik

Pada aku BN harus menang kerana PR menyatakan DS Anwar Ibrahim akan menjadi PM, ini tidak boleh dibiarkan kerana DS Anwar 'tidak layak' (jgn tanya kenapa). Jadi BN lebih baik (sedikit) dari PR.
  • PAS harus memimpin PR supaya PAS lebih berkuasa, tegas bersuara.. atau,
  • PAS harus bersatu dengan UMNO & 'jadi penasihat kepada pemimpin BN'.. atau.,
  • PAS harus keluar dari PR & jadi 'parti independant' berjuang tanpa kongkongan 'orang lain'.
Sekali lagi ditegaskan, ini hanyalah pendapat peribadi, anda bebas untuk tidak bersetuju.. harap maklum.

No comments:

Powered by Blogger.